anime + tak masuk akal = The Melancholy of Haruhi Suzumiya
Wednesday, December 12, 2007
Ahad atau Sabtu lepas aku nampak anime ni kat NTV7, tapi takde subtitle. Nampak macam kelakar aje, jadi aku download la. Memang betul jangkaan aku!
Anime ni untuk kesekian kalinya membuktikan orang Jepun suka buat benda 'di luar kotak'.
Ceritanya mengenai Kyon yang pada mulanya nak mengorat seorang awek pelik yang cun. Ayat punya ayat, tak pasal-pasal je terlibat dengan aktiviti mengarut Haruhi (awek pelik tu). Dia nak buat kelab cari 'misteri yang betul-betul misteri', ape tu? Cakap banyak pun tak guna, tengok sendiri baru tahu.
Aku bagi 4.5/5 untuk jalan cerita yang menarik dan kualiti anime yang mengancam!
Info lebih kat wikipedia atau Google up!